okiess..nk m'perkenalkn ANUGERAH TERINDAH ciptaan Ilahi yg ibu & Papa terima.. *
*
*
*
*
*
*
*Anugerah TERINDAH ketika ini berusia 40 minit"Anugerah TERINDAH: E'izz Eiymann Nazrin bin Mohd Nazrin
Tarikh TERINDAH: 12 April 2007
Masa TERINDAH: 9.27 pagi
Tempat TERINDAH: Labour Room, Hospital Serdang
Kenangan membawa benih ANUGERAH TERINDAH
Alhamdulillah, ibu disahkan membawa benih TERINDAH setelah sebulan menjadi Tutor di UKM (awal2 lagi Eiymann dh m'bawa rezeki kpd ibu).. ibu diduga dgn kemualan melampau sehingga kandungan 6 bulan..diduga dengan masalah placenta previa..tak lupa juga dgn brixton hicks/false contraction ms kandungan 29 mnggu..alhamdulillah, smuanya berjaya ibu lalui dgn izin Allah..
selain itu, dikala ibu sedang sarat m'bawa ANUGERAH TERINDAH ini, ibu juga bergelar pelajar + pekerja + isteri..saat paling m'cabar di mana ibu sdg b'hempas pulas menyiapkan tesis Master ibu tatkala kandungan sudah m'cecah 8 bulan..setiap hari ibu berdoa agar Eiymann (yerp, ibu dah tahu anak ibu LELAKI) tidak keluar dulu sehingga lah ibu selesai m'hantar tesis ibu.. Alhamdulillah, Eiymann betul2 m'dengar kata..ibu selesai m'hantar tesis ibu utk pemeriksaan penyelia (10 April 2007) 2 HARI SEBELUM Eiymann lahir ke dunia..sempat lah ibu nk b'siap sedia utk VIVA (doa ibu mngndung mmg sng Allah makbulkan..ibu hnya mnunggu 2 bln shj utk VIVA dan smpat mngejar convocation pd thn tu juga)..
Kenangan melahirkan ANUGERAH TERINDAH
EDD ibu telah dicatat pd 12 April 2007..jika sesiapa b'tanyakan bilakah ibu akn b'salin, ayat yg slalu keluar dari mulut ibu "12 April"..kata2 merupakan satu doa kan.. pada 11 April, stlh selesai mkn Pizza Hut bersama rakan2 ibu (3pm++), ibu dah mula merasakan contraction..ketika itu contraction selang 1 jam..apabila contraction berhenti, cpt2 ibu memandu pulang ke rumah (berani, kan?)..sampai di rumah, ibu hanya merehatkan diri sementara menunggu Papa pulang.. 8.30mlm, Papa pulang dari kerja dan ibu dah maklumkn pd Papa ttg contraction ibu.. Papa m'ajak ibu ke hospital, tapi ibu enggan dek krn ingin menunggu cerita Grey's Anatomy di TV.. ;-)
Apabila contraction semakin kerap (selang 5 min), barulah ibu setuju utk ke hosp..smpai di hosp tepat pukul 12 tgh mlm (12 April 2007)..ms doctor m'buat VE, dah 3cm rupanya..tanda darah juga kelihatan..ibu semakin takut..3 pagi, ibu disorong ke labour room..Papa setia menemani ibu.. yg kelakarnya, kami berdua sgt mengantuk..bila contraction tiada, msg2 sempat melelapkan mata..then, bila contraction menyerang, cpt2 ibu tekup hidung ibu dgn etonox gas..
stlh sejam lebih meneran Eiymann, kepala Eiymann hanya keluar masuk shj..t'sangkut kt bahu.. kata Dr. Jamali (Pakar O&G Hosp Serdang), Eiymann besar utk ibu yg kecil ini (Eiymann keluar 3.01kg)..masa itu mmg ibu dah hilang segala tenaga utk meneran..mata pun dah b'pinar..ibu nmpk seolah2 ada 20 org dlm labour room (ni gara2 t'lebih sedut etonox gas larr)..then, bila heart beat Eiymann dropped terus Dr. Jamali decided for vacuum technique.. masa tu ibu hanya berdoa Eiymann selamat keluar walau dgn apa cara sekalipun..walaupun t'paksa b'tukar nyawa dgn ibu..ibu rela, sayang..
dgn sekali vakum, tiba2 ibu t'dengar tangisan TERINDAH yg belum pernah ibu dgr sebelum ini.. dgn pantas Dr. Jamali meletakkan Eiymann di atas perut ibu.."Ya, Allah..anakku".. hanya kata2 itu sahaja yg t'pacul dari mulut ibu..selepas itu ibu seolah2 m'jadi bisu utk berkata2 krn t'lalu sayu+hiba+gembira+teruja melihat ANUGERAH TERINDAH di dpn mata ibu.. sgt2 INDAH ANUGERAH ini..benda yg plg AJAIB sekali yg ibu rasa sejurus selepas melahirkn Eiymann ialah ibu lupa akn semua kesakitan walaupun keadaan di bawah tu dh koyak rabak (vakum kan).. dan tanpa ibu sedari, ketika itu jugalah ibu m'alami tumpah darah..
ketika Dr. Jamali "m'jahit", ibu agak mamai2 gara etonox gas + tumpah darah..tp, Dr Jamali tetap b'sembang dgn ibu supaya ibu tak pengsan..kami sempat b'borak ttg cerita Grey's Anatomy yg sempat ibu tgk sblm melahirkan Eiymann..
40 min selepas Eiymann dilahirkan, nurse dtg m'bawa ANUGERAH TERINDAH kpd ibu.. Eiymann segera ibu susukan dgn susu ibu yg pertama iaitu Kolostrum.. subhanallah, Eiymann terus pandai menyusu tanpa diajar (alhamdulillah, berkat doa ibu agr dipermudahkn urusan pnyusuan ibu)..memandang Eiymann yg leka menyusu buat ibu rasa sebak..Ya, Allah..betapa indahnya dpt menyusukan anak sendiri..t'bayang ibu bagaimana susahnya Eiymann m'harungi "jalan" utk melihat dunia..hisapan Eiymann yg begitu kuat seolah2 tlh melalui jalan2 yg sgt jauh dan berliku..ibu tahu Eiymann b'usaha keras utk keluar dan ibu juga berusaha keras utk meneran..kita sama2 kuat, sayang!!
kesan dpd tumpah darah itu mnyebabkn ibu demam panas selama 3 hari..t'paksa lah ibu, Eiymann & Papa berumahtangga di wad 8B Hospital Serdang..24 jam Papa setia menemani ibu & Eiymann..Papa tidur, makan, mandi di dlm wad yg sama dgn ibu.. Papa jugalah yg menukar posisi Eiymann dari kiri-kanan-kiri utk tujuan pnyusuan..walaupun ibu mengalami saat2 sukar utk melahirkan Eiymann (vakum, tumpah darah, demam), tapi ibu tak kisah..malah ibu bangga & bersyukur dianugerahkan ANUGERAH TERINDAH yg comel, sihat & sempurna ini..syukur Alhamdulillah..
buat anakanda E'izz Eiymann Nazrin,
andai kata satu hari nanti Eiymann terbaca coretan ibu ini, ibu nk Eiymann tahu coretan ini ibu tujukan khas buat Eiymann..mungkin di masa akn dtg ibu tak sempat bercerita tentang kronologi kelahiran Eiymann..mungkin juga ibu tak berpeluang berkongsi dgn Eiymann betapa gembiranya ibu dgn ANUGERAH TERINDAH ini...tp, dgn adanya coretan ibu ini, ibu nak Eiymann mengerti bhw Eiymann merupakan ANUGERAH TERINDAH buat ibu..ketahuilah sayang, setiap titis susu ibu yg mengalir dlm badan Eiymann diiringi doa agar Eiymann menjadi anak yg soleh, beriman, bijak & berguna..restu ibu juga mengiringi dlm setiap bidang yg Eiymann ceburi..ibu tidak mempunyai harta yg melimpah ruah utk dipersembahkan pd Eiymann..ibu hnya mampu hadiahkan susu ibu sbg HADIAH TERINDAH buat Eiymann..susu ibu juga pengikat kasih sayang antara kita..hanya kita berdua, sayang..ibu juga dah halalkan susu ibu dari titisan pertama hngga lah ke titisan yg t'akhir..tatkala Eiymann masih membaca hingga ke coretan ini, satu shj yg ibu nak Eiymann tahu..IBU SAYANG SANGAT EIYMANN.. EIYMANN LAH NYAWA IBU!! seandainya ibu pergi dulu dari Eiymann, sekurang2 nya ibu lega krn tlh meluahkan segalanya..
Salam sayang,
ibu
(coretan ditaip ketika Eiymann berusia 2 thn 8 bln 6 hari)